Hebatnya Bahalol atau nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya.
Ada pengkaji mengatakan Bahalol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri.
Bahalol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan - perbuatab yang tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu mengenali siapa yang tergolong dalam golongan madjzub ini
Alkisah Bahalol
Kisah 1
Ketika mana pada zaman Khalifah Harun Al-Rashid berlaku kemarau panjang yang tiada bekalan air. Khalifah telah mengarahkan supaya semua penduduk mengerjakan solat istisqa' /minta hujan.Semua penduduk telah mengerjakan solat tersebut tetapi hujan masih tidak turun juga.
Apabila diselidiki ternyata Bahalol ,seorang sahaja yan masih belum mengerjakan solat tersebut lalu khalifah mengarahkan supaya Bahalol mengerjakan solat.
Setelah beliau solat lalu Bahalol naik atas mimbar dan beliau berdoa,seketika itu hujan turun dengan lebatnya.Wallahu a'lam.
Kisah 2
Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid jalan - jalan dengan isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlol tgh buat rumah dari tanah liat.
Zubaidah ni pun bertanya,
Zubaidah : “Buat apa tu Bahalol?”
Bahalol : “Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”
Zubaidah : “Nak beli boleh?”
Bahalol : “Baiklah.. saya jual dgn 10 dinar”.
Zubaidah pun memberi 10 dinar kpd Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit tu dalam sungai.
Bahalol :“Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah”.
Gelak-gelak Harun masa tu.. dia berkata kpd isterinya
Harun :“Sayang dah kena main dah ngan Bahalol tu”.
Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.
Harun :“Jangan menghalang laluan ku.Ini rumah isteri ku!”
Malaikat menjawab “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia.. bukan di syurga!”
Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh-peluh. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka pergi mencari Bahalol. Mereka berjumpa dengan Bahalol yang ketika itu sedang berada tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.
Harun : “Bahlol, aku datang nak beli rumah ni”
Bahalol : “Boleh!” jawab Bahlol
Harun : “Berapa harga?” tanya Harun Ar Rashid
Bahalol : “10,000 dinar!”
Harun : “Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”
Bahalol : “Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"
Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?
Adakah berdosa kita apabila memperbodohkan nama seorang ulama ?
lepas ni jgn la lagi main-main dgn nama Bahalol, jadikan la kisah Bahalol ni sebagai pengajaran ye = )
Jangan main main
ReplyDeleteNama sebenarnya Mohammad Al Bahloul
Wali Allah beb...
Abang kpd khalifah Harun Al Rashid
mana dapat ni cerita ini? Kitab mana?
ReplyDeletedaripada sejarah
ReplyDelete