Friday, 16 September 2011

Negaraku Malaysia


Setiap satunya bukan sahaja telah melonjakkan nama Malaysia di peta pelancongan dunia, malah ia menjadi permata yang dekat dengan hati, lalu menjadikan kita semua rakyat Malaysia!

1. Teh Tarik - Apabila larutan teh bersama susu krim manis dan dicurah menggunakan kole pada kedudukan tinggi, maka terciptalah minuman rutin warga Malaysia yang dinikmati tidak kira waktu.

2. Roti Canai - Hidangan sarapan popular yang dimakan bersama kuah dal dan teh tarik.

3. Nasi Lemak - Hidangan warisan ini memerlukan beras ditanak dengan santan kelapa dan dihidangkan bersama sambal, bilis goreng dan telur.

4. Songket - Fabrik tenunan tangan yang diserikan motif berbenang perak atau emas. Kekuatan nilai estetika dan identiti bangsa menjadikannya antara tekstil warisan yang elegan.

5. Taman Negara - Kekayaan khazanah alam dilindungi di banyak kawasan yang diwartakan sebagai taman negara. Masing-masing menyimpan tarikan ekosistem yang bernilai tambah.

6. Malaysia Airlines (MAS) - Syarikat penerbangan nasional utama dan banyak memenangi pengiktirafan dan anugerah antarabangsa.

7. Hari Raya Aidilfitri - Sambutan penting selepas sebulan umat Islam berpuasa, selain Hari Raya Aidiladha. Keraian ini merapatkan hubungan ahli keluarga dalam semangat 'balik kampung'.

8. Tahun Baru Cina - Perayaan besar bagi kaum Tionghua yang bercerita tentang kedatangan tahun baru. Sambutannya dimeriahkan dengan limau mandarin, pemberian ang pau, tarian singa dan bingit mercun.

9. Deepavali-merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu.Sambutan dimeriahkan dengan memasang pelita atau dinyalakan di rumah.

10. Menara Berkembar Petronas (KLCC) - Hingga kini, statusnya kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter. Bangunan ikonik ini umpama salam pengenalan Malaysia kepada dunia.

11. Menara Kuala Lumpur - Menara telekomunikasi tertinggi yang terletak di Bukit Nenas di tengah-tengah ibu negara. Lokasi ini menyediakan pusat rekreasi, restoran berputar dan dek peninjau.

12. Wau Bulan - Permainan tradisional persis layang-layang yang terkenal di negeri Kelantan.

13. Genting Highlands - Resort pelancongan tertinggi di Malaysia iaitu pada aras 2,000 meter dari aras laut ini menawarkan penginapan, taman tema dan tema percutian kelas satu.

14. Pulau Langkawi - Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan kisah Mahsuri dan pelbagai lagi tarikan buatan selain taman geologi berusia jutaan tahun.

15. Rangkaian Lebuh Raya - Jaringan lebuh raya utama negara melancarkan perhubungan darat di Semenanjung Malaysia.


selamat menyambut Hari Malaysia   = )

No comments:

Post a Comment