Tuesday, 13 September 2011
Misteri Sebiji Guli
Amer berumur 26 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 6 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.
Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM. Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal? Emak baru? Jet Pejuang?" Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan sebiji guli aje bapak." Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya sebiji guli.
Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah universiti terkemuka di Amerika Timur. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan sebiji guli. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer sebiji guli.
Semasa di universiti, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat anugerah pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan sebiji guli dari bapanya. Bapanya terfikir yang dia mempunyai seorang anak yang OTK (Otak Tak Centre), tetapi masih berbangga. Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan sebikji guli.
"Kau ni, asyik2 dengan guli je dah takde bende lain ke yang kau nak! Sudah!! Perniagaan bapak semakin hari semakin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah kereta Mercedes SLK Compressor" Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal. Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang
Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU. Bapa Amer amat terperanjat lalu terkentut dengan berita kemalangan tersebut.
Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tiada harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua gulinya dan menyerahkan pada bapanya. "Bapak... ameklah guli-guli ini yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan. "Amer, selama ni ko asik mintak guli aje, ape faedahnya" kata bapaknya
"Sebenarnya ada misteri disebalik guli-guli ini..." kata Amer. "Apa dia" tanya bapa Amer.
Tetapi belum sempat Amer memberitahu misterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Bapa Amer meroyan seketika mengenangkan misteri guli anaknya.
Apakah misterinya? nak tau tak..
Ianya tetap misteri kerana aku pon tak tau ape motif guli tu.
HAHAHAHAHAHAHAHA.
Jangan marah ye ni 1st time aku tulis blog..Macam2 cter lg aku nk tulis tunggu je la ye..= P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ko ni kn mmg btol la! adoi aku da smgt nk tw tibe2... adoiyai hahahaha
ReplyDeleteskola mne ko blaja ni??b.m pn tunggang trbalek..cian ckgu noriah...
ReplyDeleteak blaja kt skola pondok...
ReplyDeletemcm la bm ko 2 bgos sngat...