Tuesday, 27 September 2011

Kepentingan Mengingati Mati




Hadith:
DARI Abu Sa’id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: “Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitu maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: “Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat”.

Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: “Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau – kepada ku – sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu’; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu).

Dan sebaliknya apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: “Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau – kepada ku – adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu”.
Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya”.

Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w, (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: “Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)”.
Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: “Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka”.
Riwayat Abu Sa’id r.a

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, 26 September 2011







Kisah bermula pada suatu malam. Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India . tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.


Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.
Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?
"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

HAHAHAHA

Sunday, 18 September 2011

3 Sahabat

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Dol. Aktiviti harian diaorg yg suke melepak  ni yg menybabkan tok imam x puas hati. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn
niat nak tarbiyah diaorg ni.


Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.


Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt
kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .


Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.


Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon
drpd Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat
2x pun x khusyuk jgk lg..


Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat
belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun undur la ke belakang.


Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si
Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Haa, tengok! Sekali angkat jee tokkkk!!"


Lalu batal lah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil
ketawa terguling2.


Tok imam pun mintak pulak si Dol jadi imam. Si Dol pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek gler tok imam kat si Dol
niii...


Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leer si Dol ni... Tapi dgn
bongkaknye si Dol berkata,


"Hehehe, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dasyat aku
sembahyang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana....

Apee pon x bley...



kahkahkahkahkahkahkahkah......












Friday, 16 September 2011

Negaraku Malaysia


Setiap satunya bukan sahaja telah melonjakkan nama Malaysia di peta pelancongan dunia, malah ia menjadi permata yang dekat dengan hati, lalu menjadikan kita semua rakyat Malaysia!

1. Teh Tarik - Apabila larutan teh bersama susu krim manis dan dicurah menggunakan kole pada kedudukan tinggi, maka terciptalah minuman rutin warga Malaysia yang dinikmati tidak kira waktu.

2. Roti Canai - Hidangan sarapan popular yang dimakan bersama kuah dal dan teh tarik.

3. Nasi Lemak - Hidangan warisan ini memerlukan beras ditanak dengan santan kelapa dan dihidangkan bersama sambal, bilis goreng dan telur.

4. Songket - Fabrik tenunan tangan yang diserikan motif berbenang perak atau emas. Kekuatan nilai estetika dan identiti bangsa menjadikannya antara tekstil warisan yang elegan.

5. Taman Negara - Kekayaan khazanah alam dilindungi di banyak kawasan yang diwartakan sebagai taman negara. Masing-masing menyimpan tarikan ekosistem yang bernilai tambah.

6. Malaysia Airlines (MAS) - Syarikat penerbangan nasional utama dan banyak memenangi pengiktirafan dan anugerah antarabangsa.

7. Hari Raya Aidilfitri - Sambutan penting selepas sebulan umat Islam berpuasa, selain Hari Raya Aidiladha. Keraian ini merapatkan hubungan ahli keluarga dalam semangat 'balik kampung'.

8. Tahun Baru Cina - Perayaan besar bagi kaum Tionghua yang bercerita tentang kedatangan tahun baru. Sambutannya dimeriahkan dengan limau mandarin, pemberian ang pau, tarian singa dan bingit mercun.

9. Deepavali-merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu.Sambutan dimeriahkan dengan memasang pelita atau dinyalakan di rumah.

10. Menara Berkembar Petronas (KLCC) - Hingga kini, statusnya kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter. Bangunan ikonik ini umpama salam pengenalan Malaysia kepada dunia.

11. Menara Kuala Lumpur - Menara telekomunikasi tertinggi yang terletak di Bukit Nenas di tengah-tengah ibu negara. Lokasi ini menyediakan pusat rekreasi, restoran berputar dan dek peninjau.

12. Wau Bulan - Permainan tradisional persis layang-layang yang terkenal di negeri Kelantan.

13. Genting Highlands - Resort pelancongan tertinggi di Malaysia iaitu pada aras 2,000 meter dari aras laut ini menawarkan penginapan, taman tema dan tema percutian kelas satu.

14. Pulau Langkawi - Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan kisah Mahsuri dan pelbagai lagi tarikan buatan selain taman geologi berusia jutaan tahun.

15. Rangkaian Lebuh Raya - Jaringan lebuh raya utama negara melancarkan perhubungan darat di Semenanjung Malaysia.


selamat menyambut Hari Malaysia   = )

Thursday, 15 September 2011

Peribahasa Zaman Moden


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah 
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan 
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga 
4. Biar lambat asalkan tak cepat 
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi 
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula 
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar 
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttle cock 
9. Secupak takkan jadi 18 cupak 
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati 
      meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia 
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di 
      dalam mulut. 
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap 
13. Alang-alang mandi biar guna sabun 
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi lori beras 
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun 
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu tak pon pekak
17. Hidup segan mati di tanam 
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa 
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama 
20. Sehari selembar benang lama-lama benang pon habis 
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau 
      nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik) 
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa 
23. Membujur lalu melintang pukang 
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, 
     nasib baik hari ni tak hujan 
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut 
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili 
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!


Kelebihan Surah Yasin





RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi
keberkatan”
, iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yasin, ia boleh
menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa
yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,
Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar
daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap
sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan
pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali
.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal
orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya”.


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang
yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Redwan
dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya
alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur
dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE-58

Barangsiapa yang membaca YASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah 
tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. 
 
 
Jika boleh niatkan sebegini

 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 

 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan               mencintai Islam

 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan              berjaya didunia dan akhirat. 

 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 

 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin 

 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin 

 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku,                  dan redhaikanlah aku..... AMIN. 


- Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih,
- tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.
- Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar




Untuk renungan semua

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang
ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil menguki senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang
ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang
tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk -
numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak
yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang
yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan
di perluaskan saujana mata memandang
.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang
mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni
syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia
untuk menghindari seksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email
ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula
pada org lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
manfaat kepada manusia lain.


SIAPAKAH BAHALOL ?

Dalam bahasa melayu bahalol merujuk kepada bodoh atau tolol. Tahukah anda siapakah bahalol yang sebenarnya? Bahalol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid.

Hebatnya Bahalol atau nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya.
Ada pengkaji mengatakan Bahalol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri.

Bahalol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan - perbuatab yang tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu mengenali siapa yang tergolong dalam golongan madjzub ini


Alkisah Bahalol


Kisah 1

Ketika mana pada zaman Khalifah Harun Al-Rashid berlaku kemarau panjang yang tiada bekalan air. Khalifah telah mengarahkan  supaya semua penduduk mengerjakan solat istisqa' /minta hujan.Semua penduduk telah mengerjakan  solat tersebut tetapi hujan masih tidak turun juga.

Apabila diselidiki ternyata Bahalol ,seorang sahaja yan masih belum mengerjakan solat tersebut lalu khalifah mengarahkan supaya Bahalol mengerjakan solat.
Setelah beliau solat lalu Bahalol naik atas mimbar dan beliau berdoa,seketika itu hujan turun dengan lebatnya.Wallahu a'lam.



Kisah 2

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid jalan - jalan dengan isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlol tgh buat rumah dari tanah liat.
Zubaidah ni pun bertanya,

 Zubaidah   : “Buat apa tu Bahalol?”


 Bahalol    : “Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”


 Zubaidah   : “Nak beli boleh?”


 Bahalol    : “Baiklah.. saya jual dgn 10 dinar”.


Zubaidah pun memberi 10 dinar kpd Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit tu dalam sungai.

 Bahalol   :“Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah”.


Gelak-gelak Harun masa tu.. dia berkata kpd isterinya

 Harun     :“Sayang dah kena main dah ngan Bahalol tu”.


Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.

 Harun     :“Jangan menghalang laluan ku.Ini rumah isteri ku!”


Malaikat menjawab “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia.. bukan di syurga!”

Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh-peluh. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka pergi mencari Bahalol. Mereka berjumpa dengan Bahalol yang ketika itu sedang berada tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.


Harun   : “Bahlol, aku datang nak beli rumah ni”

Bahalol : “Boleh!” jawab Bahlol

Harun   : “Berapa harga?” tanya Harun Ar Rashid

Bahalol : “10,000 dinar!”

Harun   : “Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”

Bahalol : “Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"

Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?

Adakah berdosa kita apabila memperbodohkan nama seorang ulama ?


lepas ni jgn la lagi main-main dgn nama Bahalol, jadikan la kisah Bahalol ni sebagai pengajaran ye   = )