Tuesday 13 December 2011

Sedekah



1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)
2. Ikhlas dalam bersedekah - wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak
3. Mendahulukan sedekah yang wajib - sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: ".dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa - apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya.." (Riwaya t Al-Bukhari)
4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran
5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar - benar memerlukan seperti orang miskin, anak - anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir." (surah al-Tawbah 9: 60)
6. Bersedekah dengan harta yang halal - antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil
7. Tidak mengungkit - ungkit sedekahnya - Sebagai mana firman Allah "Wahai orang - orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).." (Surah al-Baqarah 2: 264)
8. Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih
9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat - "Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
10. Jangan buruk siku - Tdak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:"Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali." (Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment