Tuesday, 11 October 2011

Ayat ayat Cinta

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh jadi lelaki yang bertanggungjawab, saya sedia terima".
Ayat-ayat Sebenar: "Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh TANGGUNG saya, sudah cukup."

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Itu abang angkat saya."
Ayat-ayat Sebenar: "Itulah boyfren saya yg ANGKUT saya ke sana ke mari."

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Saya sukakan lelaki yg selalu bagi kejutan."
Ayat-ayat Sebenar: "Saya sukakan lelaki yang selalu bagi HADIAH YANG MAHAL-MAHAL."

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Saya sukakan lelaki yang memahami. Jika memiliki kekasih yang memahami, hubungan akan kekal."
Ayat-ayat Sebenar: "Saya sukakan lelaki yang memahami kehendak saya. Jika memiliki kekasih begini saya sanggup utk BERSAMA LAMA. Satu kerana dia tahu apa beg kesukaan saya. Kedua dia tahu saya suka makan di mana dan dia akan belanja saya. Dan yang paling penting dia tahu belikan mana satu jenama baju kegemaran saya!"

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat."
Ayat-ayat Sebenar: "Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat, supaya saya boleh KIKIS SIMPANAN mereka!"

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Saya tak boleh reply, kredit habislah bang. Tadi call mak di kampung. Nak top-up duit takde. Abang boleh top-upkan?"
Ayat-ayat Sebenar: "Kredit dah habis sebab bergayut dengan jantan lain tadi. Abang boleh top-up kan ?"

FAKTA

                    



Anda nak tahu tak bahawa terdapat fakta yang memang tak boleh disangkal langsung...jom baca entri nie..



 1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ..Italy.., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa

melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila

diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer

daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita

akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?



p/s: ada sapa2 yang nak bangkang? =p

Friday, 7 October 2011

Amalan Murah Rezeki


Diantara pintu yang akan mengantarkan pintu rezeki, dan menjauhkan dari kesempitan hidup adalah

1.Membaca “La ilaha illahah”.
Barang siapa yang lambat rezekinya hendaklah banyak mengucapkan la hawla wala quwwata illa billah (HR.At-Tabrani).

2.Membaca “La ilaha illallahul malikul haqqul mubin”.
Barangsiapa yang membaca “La ilaha illallahul malikul haqqul mubin”, maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur”. (HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami).


3.Melanggengkan Istighfar.
“Barangsiapa melanggengkan istighfar, niscaya Allah mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan dan memberikan dia rezeki dari arah yang tidak diduganya”. (HR.Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

4.Membaca Surah Al-Ikhlas“Barangsiapa yang membaca surah al-Ikhlas ketika masuk rumah, maka (berkah bacaan) menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya”. (HR.Tabrani).

5.Membaca surah al-Waqi’ah
“Barangsiapa membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”. (HR. Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman).

6.Memperbanyak Selawat atas Nabi Muhammad s.aw.
Ubay bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam berdiri seraya bersabda, “Wahau manusia, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat), pertama kemudian diiringi tiupan keuda. Akan datang kematian dan segala kesulitan yang ada di dalamnya”.

7.Membaca “Subhanallah wabihamdihi subhanallahil ‘adzhim.
..dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai diberikan untukmu sampia hari Kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”. (HR.Al-Mustaqfiri dalam Ad-Da’wat, dinukilkan dari Ihya Ulumuddin al-Ghazali).

Sementara itu, diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ada beberapa orang musyrik yang telah berbuat maksiat dan dosa, yaitu mereka membunuh dan berzina. Maka, mereka menghadap Rasulullah untuk bertobat. Mereka pun bertanya kepada beliau, apakah akan diterima tobat mereka? Maka, turunlah ayat ini yang menerangkan hendaknya jangan berputus asa untuk terus mencari ampunan Allah Rabbul Alamin.

Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang”. (Al-Qur’an : Az-Zummar : 53)

Tuesday, 27 September 2011

Kepentingan Mengingati Mati




Hadith:
DARI Abu Sa’id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: “Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitu maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: “Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat”.

Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: “Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau – kepada ku – sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu’; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu).

Dan sebaliknya apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: “Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau – kepada ku – adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu”.
Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya”.

Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w, (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: “Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)”.
Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: “Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka”.
Riwayat Abu Sa’id r.a

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, 26 September 2011







Kisah bermula pada suatu malam. Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India . tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.


Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.
Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?
"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

HAHAHAHA

Sunday, 18 September 2011

3 Sahabat

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Dol. Aktiviti harian diaorg yg suke melepak  ni yg menybabkan tok imam x puas hati. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn
niat nak tarbiyah diaorg ni.


Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.


Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt
kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .


Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.


Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon
drpd Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat
2x pun x khusyuk jgk lg..


Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat
belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun undur la ke belakang.


Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si
Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Haa, tengok! Sekali angkat jee tokkkk!!"


Lalu batal lah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil
ketawa terguling2.


Tok imam pun mintak pulak si Dol jadi imam. Si Dol pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek gler tok imam kat si Dol
niii...


Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leer si Dol ni... Tapi dgn
bongkaknye si Dol berkata,


"Hehehe, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dasyat aku
sembahyang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana....

Apee pon x bley...



kahkahkahkahkahkahkahkah......












Friday, 16 September 2011

Negaraku Malaysia


Setiap satunya bukan sahaja telah melonjakkan nama Malaysia di peta pelancongan dunia, malah ia menjadi permata yang dekat dengan hati, lalu menjadikan kita semua rakyat Malaysia!

1. Teh Tarik - Apabila larutan teh bersama susu krim manis dan dicurah menggunakan kole pada kedudukan tinggi, maka terciptalah minuman rutin warga Malaysia yang dinikmati tidak kira waktu.

2. Roti Canai - Hidangan sarapan popular yang dimakan bersama kuah dal dan teh tarik.

3. Nasi Lemak - Hidangan warisan ini memerlukan beras ditanak dengan santan kelapa dan dihidangkan bersama sambal, bilis goreng dan telur.

4. Songket - Fabrik tenunan tangan yang diserikan motif berbenang perak atau emas. Kekuatan nilai estetika dan identiti bangsa menjadikannya antara tekstil warisan yang elegan.

5. Taman Negara - Kekayaan khazanah alam dilindungi di banyak kawasan yang diwartakan sebagai taman negara. Masing-masing menyimpan tarikan ekosistem yang bernilai tambah.

6. Malaysia Airlines (MAS) - Syarikat penerbangan nasional utama dan banyak memenangi pengiktirafan dan anugerah antarabangsa.

7. Hari Raya Aidilfitri - Sambutan penting selepas sebulan umat Islam berpuasa, selain Hari Raya Aidiladha. Keraian ini merapatkan hubungan ahli keluarga dalam semangat 'balik kampung'.

8. Tahun Baru Cina - Perayaan besar bagi kaum Tionghua yang bercerita tentang kedatangan tahun baru. Sambutannya dimeriahkan dengan limau mandarin, pemberian ang pau, tarian singa dan bingit mercun.

9. Deepavali-merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu.Sambutan dimeriahkan dengan memasang pelita atau dinyalakan di rumah.

10. Menara Berkembar Petronas (KLCC) - Hingga kini, statusnya kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter. Bangunan ikonik ini umpama salam pengenalan Malaysia kepada dunia.

11. Menara Kuala Lumpur - Menara telekomunikasi tertinggi yang terletak di Bukit Nenas di tengah-tengah ibu negara. Lokasi ini menyediakan pusat rekreasi, restoran berputar dan dek peninjau.

12. Wau Bulan - Permainan tradisional persis layang-layang yang terkenal di negeri Kelantan.

13. Genting Highlands - Resort pelancongan tertinggi di Malaysia iaitu pada aras 2,000 meter dari aras laut ini menawarkan penginapan, taman tema dan tema percutian kelas satu.

14. Pulau Langkawi - Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan kisah Mahsuri dan pelbagai lagi tarikan buatan selain taman geologi berusia jutaan tahun.

15. Rangkaian Lebuh Raya - Jaringan lebuh raya utama negara melancarkan perhubungan darat di Semenanjung Malaysia.


selamat menyambut Hari Malaysia   = )